Tuesday, November 17, 2009

Ungu violet




Assalamualaikum, ini kad yang Dla buat pagi tadi. Pada mulanya Dla merancang hendak menyiapkan sekeping kad hari lahir buat Kak Ena, kakak Dla. Kad yang bertema ungu tua dan muda berkombinasi putih serta hitam inilah hasilnya. Tak tahulah, dalam gambar kad ini nampak biru pula.


Setelah kad ini siap, ramai pula kawan Dla yang berkenan. Ada yang nak. Dla kata pada mereka mungkin Dla akan buat yang lain, sebab ini untuk Kak Ena.

Walau apapun, Selamat Hari Lahir Kak Ena, semoga panjang umur, murah rezeki dan jadi isteri solehah serta ibu mithali. Ila sayang Kak ena.


Sunday, November 15, 2009

Biru buat Angah..



Assalamualaikum.. baiklah, ini kad terakhir Dla untuk hari ini. Mata Dla terasa sedikit letih menyiapkan tiga keping kad sejak petang tadi. Masih ada dua keping kad lagi yang perlu disiapkan. Tak mengapalah hari esok pula, Insya Allah.

Kad yang berwarna biru gelap di atas khas untuk Kang Ngah. Sangat simple kan, tapi Dla sukakannya. Harap Kak Ngah pun suka. Dla buat kad ini ketika kerinduan pada Kak Ngah mula menerjah ke ruang minda. Dla buat kad ini sempena hari lahir Kak Ngah pada bulan 12 nanti. Sengaja Dla buat awal. Kak Ngah pula akhir-akhir ini kelihatan agak sibuk, sudah tentu Kak Ngah tak sempat menziarahi blog Dla.

Kak Ngah kata rindu dan sayang pada Dla, Dla pun begitu. Nanti balik kampung kita cerita banyak-banyak ea Kak Ngah.


Cute Auny's bufday


Assalamualaikum, Dla buat satu lagi entri hari ini. Hari ini hari lahir Auny yang ke empat tahun. Anak sedara Dla. Dla gunakan kombinasi warna pink + biru. Harap Auny suka. Dla letak rabbit yang comel duduk atas hadiah. Siap ada bunga-bunga lagi. Yela perempuan lagi-lagi kanak-kanak kenalah buat kad yang menarik.


Cik Ila tak sempat nak belikan hadiah untuk Auny, mungkin kemudian kalau ke mana-mana grab something yang cute bagi Auny.


Ok Auny, semoga jadi anak yang solehah, dengar kata mama dan papa. Cik Ila Sayang Auny Sofeeyyah.


F.R.I.E.N.D..milik siapa?


Assalamualaikum, alhamdulillah Dla mampu lagi menulis entri meskipun dalam keadaan yang sukar untuk diceritakan. Terima kasih buat adik-beradik Dla yang banyak beri semangat disepanjang Dla dalam keadaan traumatic. Alhamdulillah bertambah baik.

Insya Allah, esok akan diadakan jamuan akhir semester kelas Dla. Setiap orang diminta menyediakan satu hadiah sebagai kelaziman sejak semester yang terdahulu. untuk seisi pertukaran hadiah sesama rakan. Sedikit tepu, tak tahu hadiah apa yang Dla boleh sediakan. Masih belum ada lagi kekuatan untuk berjalan keluar membeli sesuatu tambahan pula rakan-rakan ramai sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Roomate Dla juga sudah pulang. Jadi Dla buat kad saja. Gunakanlah kertas yang masih berbaki.



Milik siapa kad ini, Dla belum mengetahui. Maaf tiada hadiah yang menarik, ini sajalah yang dapat Dla sediakan. Mudah-mudahan siapa yang menerimanya suka dan terasa dihargai. Sayang kawan-kawan semua.

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'FlowerFlush' by Ourblogtemplates.com 2008